PERTANIKA JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES

 

e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702

Home / Special Issue / JSSH Vol. 32 (S2) 2024 / JSSH(S)-1555-2024

 

Pengucapan Beradab Penglipur Lara melalui Naratif Lisan Persembahan Awang Batil

Madiawati Mamat@Mustaffa, Rohaidah Haron dan Rohayati Junaidi

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 32, Issue S2, December 2024

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.32.S2.01

Keywords: Awang Batil, kecerdasan linguistik, kecerdasan muzik, naratif lisan, penglipur lara

Published on: 28 May 2024

Sastera lisan merupakan warisan dan identiti bangsa Melayu yang mesti dibanggakan kerana merupakan lambang kebijaksanaan masyarakat terdahulu. Tidak banyak generasi muda yang mahu mempertahankan warisan ini, sehingga akhirnya hilang ditelan zaman. Sebagai sastera lisan, Awang Batil amat wajar dipertahankan kerana ia bukan sekadar hiburan, tetapi elemen kebijaksanaan yang terangkum dalam persembahannya perlu ditafsirkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membincangkan elemen kebijaksanaan dan kecerdasan dalam persembahan Awang Batil. Metode utama kajian ini ialah lapangan menerusi teknik rakaman, wawancara, dan catatan langsung. Kebijaksanaan dan kecerdasan persembahan Awang Batil diteliti berdasarkan dua perspektif, iaitu kecerdasan linguistik dan kecerdasan muzik. Kecerdasan linguistik membincangkan pengucapan beradab, kebolehan berbahasa, dan kebolehan mengingat, manakala kecerdasan muzik pula dilihat dari dua aspek, iaitu alat muzik dan puisi. Analisis membuktikan persembahan Awang Batil menyerlahkan kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang penglipur lara sebagaimana yang digariskan menerusi Teori Kecerdasan Pelbagai (Mutiple Intelligences Theory). Terbukti bahawa Awang Batil bukan sekadar ‘penghibur kampung’, tetapi naratif lisan ini telah berjaya menawan masyarakat global dengan mengadakan banyak persembahan di luar negara. Diharapkan kajian-kajian tentang Awang Batil wajar diperbanyak agar dapat menjadi rujukan generasi baharu.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH(S)-1555-2024

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles