Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti

English titleEnvironmental Health and Safety Management in Schools: Challenges and Realities

EditorsNur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
Published28 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297915975
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • EDU001000
  • MED078000
  • EDU045000
  • SCI026000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Buku suntingan bertajuk Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti mengetengahkan wacana saintifik mendalam mengenai kepentingan mewujudkan ekosistem sekolah yang selamat, sihat, dan kondusif untuk kesejahteraan warga sekolah, terutamanya murid sekolah. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat penyampaian ilmu, malah merupakan ruang tumbesaran fizikal, emosi, dan sosial yang memerlukan sistem perlindungan serta tata kelola menyeluruh daripada pelbagai risiko kesihatan persekitaran dan keselamatan semasa.
Naskhah ini menghimpunkan sepuluh bab penyelidikan dan analisis kritis yang disusun mengikut tiga teras utama. Teras pertama berfokus kepada ergonomik, fizikal, dan reka bentuk persekitaran pembelajaran, yang mengupas strategi pelaksanaan intervensi ergonomik, analisis postur duduk serta beban fizikal terhadap kesihatan muskuloskeletal murid, dan penerokaan perspektif pelajar dalam mereka bentuk persekitaran sekolah yang sihat dan selamat.
Teras kedua merangkumi tata kelola keselamatan, kualiti alam sekitar, dan persekitaran fizikal, yang membincangkan jurang antara aspirasi makro dan realiti mikro dalam tata kelola keselamatan sekolah, isu keselamatan makanan, pendedahan murid kepada pencemaran udara berkaitan trafik (TRAP) di zon menunggu kenderaan, serta penilaian impak gelombang haba dan suhu melampau terhadap kesihatan pelajar.
Teras ketiga memberi tumpuan kepada kesejahteraan emosi, kesihatan mental, dan dinamika sosiokomuniti, dengan meneliti peranan guru sebagai barisan hadapan kesihatan mental semasa bencana, cabaran guru bimbingan dan kaunseling dalam menguruskan kaunseling krisis, serta pendekatan kepimpinan responsif gender dan peranan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam dalam menangani isu buli di sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pengarang atas sumbangan ilmu yang amat bernilai ini. Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak penerbit serta semua pihak yang menjayakan penerbitan naskhah ini. Semoga buku ini menjadi rujukan berimpak tinggi buat penggubal dasar, pihak pentadbir sekolah, pendidik, dan penyelidik dalam memperkasakan agenda kesihatan persekitaran serta keselamatan sekolah di Malaysia.

English

This edited volume, Environmental Health and Safety Management in Schools: Challenges and Realities, presents an in-depth scientific discussion of the importance of creating a safe, healthy and conducive school ecosystem for the well-being of the school community, above all its pupils. The school is not only a place where knowledge is delivered but also a space for physical, emotional and social growth that needs systems of protection and comprehensive governance against a range of current environmental health and safety risks.
The volume brings together ten chapters of research and critical analysis arranged under three main themes. The first theme focuses on ergonomics, the physical environment and the design of learning spaces. It examines strategies for implementing ergonomic interventions, analyses sitting posture and physical load in relation to pupils' musculoskeletal health, and explores pupils' perspectives on designing healthy and safe school environments.
The second theme covers safety governance, environmental quality and the physical environment. It discusses the gap between macro-level aspirations and micro-level realities in school safety governance, food safety, pupils' exposure to traffic-related air pollution (TRAP) in vehicle waiting zones, and the impact of heatwaves and extreme temperatures on pupils' health.
The third theme focuses on emotional well-being, mental health and socio-community dynamics. It examines the role of teachers as the front line of mental health during disasters, the challenges school guidance and counselling teachers face in handling crisis counselling, and gender-responsive leadership and the role of Islamic non-governmental organisations (NGOs) in tackling bullying in schools.
We extend our deepest appreciation to the authors for their valuable contributions to knowledge, and our thanks to the publisher and to everyone who made the publication of this volume possible. We hope this book will become a high-impact reference for policymakers, school administrators, educators and researchers in strengthening the environmental health and school safety agenda in Malaysia.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.

PBS-007-C09

Kepimpinan Responsif Gender dalam Pencegahan Buli di Sekolah: Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Struktur–Agensi dan Kelestarian Sosiokomuniti di Malaysia

Gender-Responsive Leadership in Preventing Bullying in Schools: The Role of Islamic Non-Governmental Organisations (NGOs), Structure–Agency and Socio-Community Sustainability in Malaysia

Khairul Anuar Abdul Manap1, Ismi Arif Ismail2, Siti Noormi Alias2, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam3, Noviatin Syarifuddin4

Pages 214–237
View chapter
PBS-007-C10

Penilaian Impak Gelombang Haba dan Suhu Melampau Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Selangor

The Impact of Heatwaves and Extreme Temperatures on the Health and Well-Being of Primary School Pupils in Selangor

Cheah Wai Yan1, Ainul Raisya Mat Aris1, Siti Dina Razman Pahri1, Mohammad Lui Juhari1, Murni Amirra Mohd Aminuddin2, Noor Haziqah Kamaludin2,6, Tengku Nilam Baizura Tengku Ibrahim3, Nur Azalina Suzianti Feisal4,5

Pages 238–258
View chapter