Memahami Perspektif Pelajar dalam Mereka Bentuk Sekolah yang Sihat dan Selamat
English titleUnderstanding Students' Perspectives in Designing Healthy and Safe Schools
Abstract
Dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks, kesejahteraan pelajar merupakan komponen penting dalam memastikan keberhasilan sesebuah institusi pendidikan. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa persekitaran fizikal sekolah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan kognitif pelajar. Namun begitu, proses reka bentuk dan penambahbaikan sekolah lazimnya lebih dipengaruhi oleh pertimbangan di peringkat pentadbiran dan lebih bersifat teknikal, manakala pandangan pelajar sebagai pengguna utama sesebuah ruang pembelajaran kurang diberi perhatian. Bab ini membincangkan bagaimana perspektif pelajar dapat membantu mengenal pasti keutamaan dalam menambah baik persekitaran sekolah yang dapat menyokong kesejahteraan dan pengalaman pembelajaran mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran yang menggabungkan soal selidik dalam talian, penyusunan undian menggunakan kaedah Borda Count yang diubah suai serta analisis tematik dan kekerapan kata menggunakan NVivo 14 terhadap maklum balas terbuka daripada 128 orang pelajar dan 107 orang guru. Dapatan menunjukkan wujud perbezaan ketara antara persepsi guru dan pengalaman sebenar pelajar terhadap ruang pembelajaran di sekolah. Analisis kekerapan kata menunjukkan pelajar didapati lebih menggemari ruang seperti perpustakaan (disebut 26 kali) dan surau (11 kali) manakala guru lebih cenderung mengaitkan pilihan pelajar dengan ruang seperti padang (22 kali) dan kantin (16 kali). Selain itu, ruang yang kerap kali disebut sebagai ruang yang paling tidak digemari pelajar ialah tandas (42 kali) manakala guru berpendapat pelajar paling tidak menggemari bilik darjah (31 kali). Selain daripada ketenangan dan kebersihan, faktor keselamatan, aksesibiliti dan keselesaan terma turut dikenal pasti sebagai aspek penting yang mempengaruhi pilihan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih menghargai ruang yang tenang, selesa dan teratur untuk suasana pembelajaran yang lebih sejahtera manakala guru mengaitkan pilihan pelajar dengan ruang yang lebih aktif serta menyokong interaksi sosial dan perkembangan fizikal. Justeru, perbezaan tersebut menegaskan bahawa penglibatan pelajar dalam proses merancang dan mereka bentuk sekolah perlu diperkasakan bagi memahami keperluan pelajar sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat, selamat, inklusif dan bermakna.
In the face of increasingly complex global challenges, student well-being is an important component of an educational institution's success. Previous studies show that the physical environment of a school has a significant influence on students' physical, emotional, mental and cognitive well-being. However, the design and improvement of schools are usually shaped more by administrative and technical considerations, while the views of students, the main users of learning spaces, receive less attention. This chapter discusses how students' perspectives can help identify priorities for improving school environments that support their well-being and learning experience. The study uses a mixed-methods approach combining an online questionnaire, vote ranking with a modified Borda Count method, and thematic and word-frequency analysis in NVivo 14 of open-ended responses from 128 students and 107 teachers. The findings show a marked difference between teachers' perceptions and students' actual experience of learning spaces in school. Word-frequency analysis shows that students prefer spaces such as the library (mentioned 26 times) and the surau (prayer room, 11 times), whereas teachers tend to associate students' preferences with spaces such as the playing field (22 times) and the canteen (16 times). The space most often named as least liked by students was the toilets (42 times), whereas teachers believed students least liked the classroom (31 times). Besides calm and cleanliness, safety, accessibility and thermal comfort were also identified as important factors in students' choices. The findings show that students value calm, comfortable and orderly spaces for a better learning atmosphere, while teachers associate students' choices with more active spaces that support social interaction and physical development. These differences underline the need to strengthen student involvement in planning and designing schools, so as to understand students' needs and create learning environments that are healthier, safer, more inclusive and more meaningful.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang.
- 2Malaysian Learning Spaces (MYLES), 13200, Kepala Batas, Pulau Pinang
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 8
- Pages
- 187–213
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


