Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 7 · Pertanika Book Series

Cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Menguruskan Kaunseling Krisis dalam Menyokong Kesihatan Mental Murid di Sekolah

English titleThe Challenges Faced by Guidance and Counselling Teachers in Managing Crisis Counselling to Support Pupils' Mental Health in Schools

Yusnizal binti Ismail1

Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti 28 October 2026 Pages 164–186
KeywordsGuru Bimbingan dan Kaunseling, kaunseling krisis, kesihatan mental murid, sokongan ekosistem, sekolah
Keywords (English)Guidance and Counselling Teachers, crisis counselling, pupils' mental health, ecosystem support, schools
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Pengurusan kaunseling krisis di sekolah menuntut Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) bertindak segera dalam situasi yang kompleks dan sering melibatkan risiko terhadap keselamatan serta kesejahteraan mental murid. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh GBK dalam menguruskan kaunseling krisis di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Sebanyak 11 orang GBK yang berkhidmat di sekolah menengah di negeri Melaka dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan berdasarkan pengalaman mereka dalam mengendalikan kes krisis. Data dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, kemudian dianalisis secara tematik dengan bantuan ATLAS.ti 24. Dapatan menghasilkan tiga tema utama. Tema pertama ialah cabaran kompetensi pengendalian krisis yang meliputi pembinaan kepercayaan, penilaian kesediaan klien dan keterbatasan latihan berasaskan situasi sebenar. Tema kedua ialah kekurangan sokongan dalam ekosistem sekolah yang melibatkan stigma dan kerjasama keluarga, pertimbangan pentadbir serta kefahaman guru tentang keperluan murid dan kerahsiaan. Tema ketiga ialah keterbatasan ruang tindakan profesional yang merangkumi sempadan bidang kuasa, beban tugas dan kekangan masa. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran pengendalian krisis tidak berpunca daripada kelemahan individu GBK semata-mata, tetapi terbentuk melalui interaksi antara kompetensi, sokongan persekitaran dan kapasiti organisasi sekolah. Pengukuhan perkhidmatan memerlukan latihan berasaskan situasi sebenar, prosedur penyelarasan kes yang jelas, literasi kesihatan mental dalam kalangan warga sekolah dan keluarga serta perancangan beban tugas yang sepadan dengan keperluan intervensi dan susulan.

English

Managing crisis counselling in schools requires Guidance and Counselling Teachers (GBK) to act quickly in complex situations that often involve risks to pupils' safety and mental well-being. This study explores the challenges GBK face in managing crisis counselling in schools. It uses a qualitative approach with a multi-site case study design. Eleven GBK serving in secondary schools in Melaka were selected by purposive sampling on the basis of their experience in handling crisis cases. Data were collected through interviews, observation and document analysis and analysed thematically with ATLAS.ti 24. Three main themes emerged. The first is the challenge of crisis-handling competence, covering trust-building, assessing clients' readiness and the limits of training based on real situations. The second is a lack of support within the school ecosystem, involving stigma and family cooperation, administrators' considerations and teachers' understanding of pupils' needs and confidentiality. The third is the limited scope for professional action, covering boundaries of authority, workload and time constraints. The findings show that the challenges of crisis handling do not stem solely from individual GBK weaknesses but arise from the interaction between competence, environmental support and the organisational capacity of the school. Strengthening the service requires training based on real situations, clear case-coordination procedures, mental health literacy among the school community and families, and workload planning that matches the needs of intervention and follow-up.

Contributors

Affiliations

  1. 1Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Publication record

Bibliographic details

Book
Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
Editors
Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
Chapter
7
Pages
164–186
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
28 October 2026
E-ISBN
9786297915975