Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi

English titleSocial, Health and Cultural Resilience in the Technological Era

EditorsMohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Published28 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297114668
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • Social Science / Sociology / General SOC026000
  • Psychology / Mental Health PSY036000
  • Psychology / Psychopathology / Addiction PSY038000
  • Social Science / Popular Culture SOC022000
  • Social Science / Disasters & Disaster Relief SOC040000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, buku Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi berjaya diterbitkan sebagai satu usaha ilmiah dan hasil penyelidikan yang menghimpunkan pelbagai perspektif, disiplin dan perkongsian dapatan kajian berkaitan isu-isu sosial kontemporari yang semakin kompleks dan dinamik. Buku ini diterbitkan pada saat masyarakat dunia sedang berhadapan dengan transformasi pesat yang didorong oleh kemajuan teknologi, digitalisasi, perubahan gaya hidup, cabaran kesihatan mental, risiko bencana, perubahan nilai budaya serta tuntutan ke arah pembangunan sosial yang lebih lestari. Perkembangan teknologi telah membawa pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia. Kemajuan tersebut turut mewujudkan cabaran baharu yang memerlukan kefahaman yang lebih mendalam mengenai bagaimana individu, keluarga, komuniti dan institusi sosial menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Konsep daya tahan sosial menjadi semakin penting kerana ia merujuk kepada keupayaan masyarakat untuk menghadapi tekanan, krisis, perubahan dan ketidaktentuan sambil mengekalkan kesejahteraan sosial, psikologi dan budaya.
Buku ini mengupas pelbagai tema yang saling berkaitan dalam memahami realiti masyarakat masa kini. Perbincangan merangkumi isu pemulihan penagihan dadah, intervensi psikososial bagi remaja delinkuen, pembangunan keusahawanan, budaya konsumerisme, penerimaan teknologi pintar dalam sektor pekerjaan, kesihatan mental remaja dalam ruang digital, farmaseutikal halal, strategi daya tindak mangsa bencana, asas sains kepolisan serta penggunaan bahasa visual dalam komunikasi digital. Kepelbagaian tema ini mencerminkan keluasan cabaran sosial semasa serta kepentingan pendekatan multidisiplin dalam memahami dan menangani isu-isu tersebut. Keistimewaan buku ini terletak pada gabungan pelbagai disiplin ilmu seperti kerja sosial, psikologi, sosiologi, kriminologi, kesihatan awam, komunikasi, teknologi, farmasi dan pengurusan. Pendekatan ini memberikan ruang kepada pembaca untuk memahami bahawa cabaran masyarakat tidak boleh dilihat daripada satu sudut pandang sahaja. Sebaliknya, penyelesaian yang lebih berkesan memerlukan integrasi pengetahuan, pengalaman serta bukti empirikal daripada pelbagai bidang.
Buku ini turut mengetengahkan pengalaman dan realiti yang berlaku dalam konteks Malaysia serta beberapa negara serantau. Hal ini menjadikan perbincangan yang dikemukakan lebih dekat dengan situasi masyarakat tempatan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan ilmu yang berteraskan keperluan serta cabaran sebenar masyarakat. Pada masa yang sama, beberapa bab turut menghubungkan isu tempatan dengan perkembangan global, sekali gus memperlihatkan bahawa banyak cabaran sosial hari ini bersifat rentas sempadan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Penerbitan buku ini juga membuktikan komitmen para penyelidik dan akademia dalam menghasilkan karya yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Setiap bab bukan sahaja memperkayakan literatur akademik, malah berpotensi menjadi rujukan kepada pembuat dasar, pengamal profesional, pelajar, penyelidik dan masyarakat umum yang berminat memahami perubahan sosial dalam era teknologi.
Sebagai penyunting, kami berharap buku ini dapat menjadi wadah ilmu yang merangsang pemikiran kritis, memperkukuh kefahaman tentang isu-isu sosial semasa serta menyumbang kepada usaha membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, inklusif dan sejahtera. Kami juga berharap perbincangan yang diketengahkan dapat membuka ruang kepada penyelidikan lanjutan serta memperkukuhkan hubungan antara ilmu, dasar dan amalan dalam menangani cabaran sosial masa hadapan. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penulis yang telah menyumbangkan hasil penyelidikan dan pemikiran mereka dalam menjayakan penerbitan buku ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penyediaan, penyuntingan dan penerbitan buku ini. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada pembaca dan menjadi sumbangan bermakna kepada pengembangan ilmu pengetahuan serta pembangunan masyarakat yang lebih lestari dalam menghadapi cabaran era teknologi.

English

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
All praise is due to Allah. Our deepest gratitude goes to Allah SWT, by whose grace and permission this book, Social, Health and Cultural Resilience in the Technological Era, has been successfully published as a scholarly and research-based work that brings together a range of perspectives, disciplines and research findings on contemporary social issues that are increasingly complex and dynamic. The book is published at a time when societies around the world are facing rapid transformation driven by technological progress, digitalisation, changing lifestyles, mental health challenges, disaster risk, shifting cultural values and the demand for more sustainable social development. Technological development has brought many benefits to human life. These advances have also created new challenges that call for a deeper understanding of how individuals, families, communities and social institutions adapt to the changes taking place. The concept of social resilience has become increasingly important because it refers to the capacity of a society to face pressure, crisis, change and uncertainty while maintaining its social, psychological and cultural well-being.
This book examines a range of interrelated themes for understanding the realities of present-day society. The discussions cover recovery from drug addiction, psychosocial interventions for delinquent adolescents, entrepreneurship development, consumer culture, the acceptance of smart technology in the workplace, adolescent mental health in digital spaces, halal pharmaceuticals, the coping strategies of disaster victims, the foundations of police science and the use of visual language in digital communication. This diversity of themes reflects the breadth of current social challenges and the importance of multidisciplinary approaches to understanding and addressing them. The distinctive strength of the book lies in its combination of disciplines such as social work, psychology, sociology, criminology, public health, communication, technology, pharmacy and management. This approach allows readers to understand that the challenges facing society cannot be seen from a single standpoint. More effective solutions instead require the integration of knowledge, experience and empirical evidence from many fields.
The book also highlights experiences and realities in the context of Malaysia and several neighbouring countries in the region. This brings the discussions closer to the situation of local communities and adds value to the development of knowledge grounded in the actual needs and challenges of society. At the same time, several chapters connect local issues with global developments, showing that many of today's social challenges cross borders and require cooperation between many parties. The publication of this book also demonstrates the commitment of researchers and academics to producing work that can contribute to the development of society and the nation. Each chapter not only enriches the academic literature, but can also serve as a reference for policymakers, professional practitioners, students, researchers and members of the public who wish to understand social change in the technological era.
As editors, we hope that this book will become a source of knowledge that stimulates critical thinking, strengthens understanding of current social issues and contributes to efforts to build a more resilient, inclusive and prosperous society. We also hope that the discussions presented here will open the way to further research and strengthen the links between knowledge, policy and practice in addressing the social challenges of the future. Finally, our highest appreciation goes to all the authors who have contributed their research and ideas to the success of this publication.
Our thanks also go to all those involved, directly and indirectly, in the preparation, editing and publication of this book. May this book benefit its readers and make a meaningful contribution to the advancement of knowledge and to more sustainable social development in the face of the challenges of the technological era.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.