Art Therapy dan Cognitive Behavioural Therapy (CBT): Asas Teori dan Aplikasi dalam Intervensi Remaja Delinkuen
English titleArt Therapy and Cognitive Behavioural Therapy (CBT): Theoretical Foundations and Application in Interventions for Delinquent Adolescents
Abstract
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Art Therapy untuk Remaja Delinkuen (MATuReD) memenuhi objektif pembangunan sebagai satu modul intervensi yang dibina secara sistematik berasaskan teori dan bukti empirikal. Interpretasi terhadap dapatan ini tidak hanya berpandukan kepada perubahan yang diperhatikan dalam tingkah laku agresif peserta, malah mengambil kira hubungan antara komponen Art Therapy, Cognitive Behavioural Therapy (CBT), Teori Pembelajaran Sosial dan General Strain Theory yang menjadi asas konseptual kepada pembangunan modul. Pendekatan ini membolehkan perubahan yang berlaku ditafsir secara lebih menyeluruh dengan meneliti aspek emosi, kognitif dan tingkah laku yang saling mempengaruhi.
Daripada perspektif pembangunan modul, dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Model Pembinaan Modul Sidek dan Jamaludin Ahmad telah menyediakan satu kerangka pembangunan yang sistematik, bermula daripada analisis keperluan, penetapan objektif, pemilihan teori, pembinaan aktiviti, semakan pakar dan penilaian awal modul. Proses ini memastikan setiap aktiviti yang dibangunkan mempunyai hubungan yang jelas dengan hasil pembelajaran dan perubahan tingkah laku yang ingin dicapai. Oleh itu, MATuReD bukan sekadar menghimpunkan aktiviti seni dan teknik CBT, tetapi merupakan satu modul yang dibina secara berstruktur bagi menyokong proses intervensi dalam kalangan remaja delinkuen.
Overall, the findings show that the Art Therapy Module for Delinquent Adolescents (Modul Art Therapy untuk Remaja Delinkuen, MATuReD) meets its development objectives as an intervention module built systematically on theory and empirical evidence. The interpretation of these findings is guided not only by the changes observed in participants' aggressive behaviour, but also by the relationships between the components of Art Therapy, Cognitive Behavioural Therapy (CBT), Social Learning Theory and General Strain Theory, which form the conceptual basis of the module's development. This approach allows the changes that took place to be interpreted more comprehensively by examining the emotional, cognitive and behavioural aspects that influence one another.
From the perspective of module development, the findings show that the use of the Sidek and Jamaludin Ahmad Module Development Model provided a systematic development framework, beginning with a needs analysis and proceeding through the setting of objectives, the selection of theory, the design of activities, expert review and the preliminary evaluation of the module. This process ensured that every activity developed has a clear relationship with the learning outcomes and the behavioural change to be achieved. MATuReD is therefore not merely a collection of art activities and CBT techniques, but a module constructed in a structured way to support the intervention process among delinquent adolescents.
Affiliations
- 1Program Psikologi Dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial di Universiti Utara Malaysia 06010, Sintok, Kedah, Malaysia.
- 2Vel Tech Rangarajan Dr. Sagunthala R and D Institute of Science and Technology, Avadi, Chennai, 600062, India.
- 3Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, 11800 Minden, Pulau Pinang.
Bibliographic details
- Book
- Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 2
- Pages
- 21–38
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114668


