Program Latihan Keusahawanan yang Dianjurkan oleh MARA dalam Kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Melaka Tengah, Melaka
English titleEntrepreneurship Training Programmes Organised by MARA among Small and Medium Enterprises (SMEs) in Melaka Tengah, Melaka
Abstract
Keusahawanan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Di Malaysia, pembangunan sektor keusahawanan diberi penekanan yang khusus oleh kerajaan kerana peranannya dalam mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan masyarakat serta merangsang aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan nasional (Maaidah & Buang, 2016). Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dilihat sebagai tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi kerana sektor ini menyumbang secara signifikan kepada pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti setempat. Bagi memastikan sektor PKS terus berkembang dan berdaya saing, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan. Salah satu agensi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan usahawan di Malaysia ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Manaf & Baharudin 2016). MARA bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan yang merangkumi aspek latihan, pembiayaan, khidmat nasihat perniagaan serta pembangunan kemahiran keusahawanan. Melalui program-program yang dilaksanakan, MARA berusaha melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mampu mengurus perniagaan secara lebih sistematik dan efektif (Muhamed et al., 2025).
Antara usaha yang dilaksanakan oleh MARA ialah penganjuran Program Latihan Keusahawanan, yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi usahawan dalam pelbagai bidang pengurusan perniagaan. Program latihan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pengurusan kewangan, pemasaran, perancangan perniagaan, pembangunan produk serta penggunaan teknologi dalam perniagaan (Azlan et al., 2022). Melalui latihan yang disediakan, peserta dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif dan dinamik. Keberkesanan program latihan merupakan aspek yang penting untuk dinilai bagi memastikan objektif pelaksanaannya dapat dicapai. Program latihan yang berkesan bukan sahaja mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, malah dapat membantu meningkatkan prestasi perniagaan, produktiviti serta pendapatan usahawan. Oleh itu, penilaian terhadap program latihan yang dilaksanakan oleh MARA adalah penting bagi mengenal pasti sejauh mana program tersebut memberi impak kepada pembangunan usahawan PKS.
Entrepreneurship is one of the important sectors contributing to a country's economic growth. In Malaysia, the government places particular emphasis on developing entrepreneurship because of its role in creating jobs, raising incomes and stimulating economic activity at the local and national levels (Maaidah & Buang, 2016). Small and Medium Enterprises (SMEs) are seen as the backbone of economic growth because the sector contributes significantly to national output, employment and the development of local communities. To ensure that the SME sector continues to grow and remain competitive, the government has introduced a range of initiatives through the relevant agencies. One agency that plays an important role in entrepreneur development in Malaysia is the Council of Trust for the People (Majlis Amanah Rakyat, MARA) (Manaf & Baharudin 2016). MARA is responsible for implementing a range of entrepreneur development programmes covering training, financing, business advisory services and the development of entrepreneurial skills. Through these programmes, MARA seeks to produce entrepreneurs who are knowledgeable, skilled and able to manage their businesses more systematically and effectively (Muhamed et al., 2025).
Among MARA's efforts is the organisation of the Entrepreneurship Training Programme, which aims to increase the knowledge, skills and competence of entrepreneurs in various areas of business management. The training programme exposes participants to financial management, marketing, business planning, product development and the use of technology in business (Azlan et al., 2022). Through this training, participants can improve their ability to face the challenges of an increasingly competitive and dynamic business environment. The effectiveness of a training programme is an important aspect to evaluate in order to ensure that its objectives are achieved. An effective training programme can not only increase participants' knowledge and skills, but can also help to improve business performance, productivity and entrepreneurs' incomes. Evaluating the training programmes run by MARA is therefore important in order to identify the extent to which they have had an impact on the development of SME entrepreneurs.
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
- Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 3
- Pages
- 39–52
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114668


