Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan

English titleSocial, Digital and Economic Transformation towards Sustainable Development

EditorsMohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Published15 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297114644
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • Business & Economics / Development / Sustainable Development BUS072000
  • Social Science / Sociology / General SOC026000
  • Business & Economics / Entrepreneurship BUS025000
  • Business & Economics / Small Business BUS060000
  • Social Science / Social Work SOC025000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Bismillahirahmanirahim...
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, buku Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan ini berjaya diterbitkan sebagai satu usaha akademik yang menghimpunkan hasil penyelidikan daripada pelbagai dimensi pemikiran, penyelidikan dan perbahasan semasa berkaitan pembangunan masyarakat dalam era perubahan yang semakin kompleks. Buku ini diterbitkan dalam konteks dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran global, termasuk kemajuan teknologi digital, perubahan struktur ekonomi, ketidaktentuan sosial, isu kelestarian alam sekitar, serta keperluan untuk membina masyarakat yang lebih berdaya tahan dan inklusif. Buku ini menghimpunkan sepuluh bab yang merentasi pelbagai bidang ilmu seperti kerja sosial, dasar dadah, kelestarian alam sekitar, bahasa dan budaya, keusahawanan pelajar, pendidikan multietnik, pembangunan komuniti, transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan komuniti Orang Asli serta daya tahan perusahaan agro pelancongan. Walaupun topik yang dibincangkan berbeza, kesemuanya berkongsi satu tema utama, iaitu bagaimana transformasi sosial, digital dan ekonomi dapat dimanfaatkan ke arah pembangunan mampan yang memberi manfaat kepada individu, komuniti dan negara.
Keistimewaan buku ini terletak pada pendekatannya yang bersifat multidisiplin dan berasaskan bukti empirikal hasil penyelidikan. Perbincangan yang dikemukakan bukan sahaja meneliti isu-isu semasa daripada perspektif teori dan konsep, malah menghubungkannya dengan realiti masyarakat, dasar awam serta pengalaman komuniti di peringkat akar umbi. Hal ini membolehkan pembaca memahami cabaran dan peluang pembangunan dengan lebih kritis, seimbang dan kontekstual. Buku ini turut mengetengahkan pelbagai kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus pembangunan, termasuk komuniti luar bandar, Orang Asli, usahawan, golongan rentan serta generasi muda yang bakal mewarisi masa depan negara. Para penyumbang bab dalam buku ini terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Sumbangan mereka telah memperkayakan lagi perbahasan mengenai hubungan antara teknologi, masyarakat, budaya, ekonomi dan kesejahteraan sosial dalam konteks pembangunan kontemporari. Justeru, buku ini diharapkan dapat menjadi rujukan yang bermanfaat kepada penyelidik, pelajar, pembuat dasar, pengamal pembangunan dan sesiapa sahaja yang berminat memahami perubahan sosial dan cabaran pembangunan masa kini.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penulis, penyelidik, penyumbang dana, pihak penerbit serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga karya ini memberi manfaat kepada dunia ilmu dan menjadi sumbangan bermakna dalam usaha membina masyarakat yang lebih mampan, berdaya tahan dan sejahtera.

English

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
All praise and gratitude are due to Allah SWT, by whose grace this book, Social, Digital and Economic Transformation towards Sustainable Development, has been successfully published as an academic effort that brings together research from many dimensions of current thought, inquiry and debate on the development of society in an era of increasingly complex change. The book is published in the context of a world facing many global challenges, including advances in digital technology, changes in economic structure, social uncertainty, environmental sustainability issues and the need to build a more resilient and inclusive society. It brings together ten chapters that span many fields of knowledge, such as social work, drug policy, environmental sustainability, language and culture, student entrepreneurship, multi-ethnic education, community development, the digital transformation of small and medium enterprises, the development of Orang Asli communities and the resilience of agritourism enterprises. Although the topics differ, all of them share one central theme: how social, digital and economic transformation can be harnessed towards sustainable development that benefits individuals, communities and the nation.
The distinctive strength of this book lies in its multidisciplinary approach and its grounding in empirical research evidence. The discussions not only examine current issues from theoretical and conceptual perspectives, but also connect them with the realities of society, public policy and the experience of communities at the grassroots level. This enables readers to understand the challenges and opportunities of development in a more critical, balanced and contextual way. The book also highlights the many groups that are often the focus of development, including rural communities, the Orang Asli, entrepreneurs, vulnerable groups and the young generation who will inherit the nation's future. The contributors are academics and researchers with expertise in their respective fields. Their contributions further enrich the debate on the relationships between technology, society, culture, the economy and social well-being in the context of contemporary development. This book is therefore expected to be a useful reference for researchers, students, policymakers, development practitioners and anyone interested in understanding today's social change and development challenges.
Finally, our highest appreciation and thanks go to all the authors, researchers, funders, the publisher and the individuals involved, directly and indirectly, in making the publication of this book a success. May this work benefit the world of knowledge and make a meaningful contribution to the effort to build a more sustainable, resilient and prosperous society.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.