MEKANISMA DAYA TAHAN PERUSAHAAN DALAM PEMULIHAN PRESTASI AGROPELANCONGAN PADA FASA PASCA PANDEMIK COVID-19
English titleEnterprise Resilience Mechanisms in the Recovery of Agritourism Performance in the Post-COVID-19 Pandemic Phase
Abstract
Industri agropelancongan di Malaysia mula diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada tahun 1991 sebagai strategi mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat luar bandar melalui integrasi aktiviti pertanian dan pelancongan (Jaunis et al., 2022). Inisiatif kerajaan pertama adalah Program Homestay pada tahun 1995 diikuti Program KampungStay pada tahun 2011 yang bertujuan untuk menggalakkan komuniti luar bandar untuk menyertai pelancongan berasaskan komuniti (Ramele et al., 2017), mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan nilai tambah hasil pertanian serta merangsang ekonomi tempatan (Obeidat, 2022). Dasar Agromakanan Negara (2011–2020) meletakkan agropelancongan sebagai aktiviti berasaskan pertanian yang berpotensi menjana kesan pengganda terhadap pendapatan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 2 (Tiada Kelaparan).
Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap industri agropelancongan apabila pengisytiharan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 diikuti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia telah menjejaskan operasi perusahaan, bilangan pelancong dan pendapatan pengusaha (Baharudin et al., 2021). Sekatan pergerakan serta penutupan aktiviti pelancongan menyebabkan hasil jualan bulanan sebahagian besar pengusaha agropelancongan merosot ke paras kritikal, iaitu kurang daripada RM2,000 sebulan semasa kemuncak pandemik (Ashadi Yaacob @ Ramli & Yusof, 2023). Rajah 10.1 menunjukkan industri agropelancongan kembali pulih selepas pandemik, namun kadarnya tidak berlaku secara seragam. Bilangan pelancong domestik meningkat secara konsisten dengan kadar pemulihan antara 80.0% hingga 97.5%, malah mencapai 97.5% pada tahun 2022, iaitu melebihi paras pra-pandemik pada tahun 2019 (85.0%).
The agritourism industry in Malaysia was first introduced under the Sixth Malaysia Plan (RMK-6) in 1991 as a strategy to diversify the sources of income of rural communities through the integration of agricultural and tourism activities (Jaunis et al., 2022). The first government initiative was the Homestay Programme in 1995, followed by the KampungStay Programme in 2011, which aimed to encourage rural communities to take part in community-based tourism (Ramele et al., 2017), create employment opportunities, add value to agricultural produce and stimulate the local economy (Obeidat, 2022). The National Agrofood Policy (2011–2020) positioned agritourism as an agriculture-based activity with the potential to generate multiplier effects on income and on growth in Gross Domestic Product (GDP), in support of the Sustainable Development Goals (SDGs), in particular SDG 1 (No Poverty) and SDG 2 (Zero Hunger).
The COVID-19 pandemic had a major impact on the agritourism industry. The declaration of the pandemic by the World Health Organization (WHO) on 11 March 2020, followed by the Movement Control Order (MCO), the Conditional Movement Control Order (CMCO) and the Recovery Movement Control Order (RMCO) in Malaysia, disrupted business operations, tourist numbers and operators' incomes (Baharudin et al., 2021). Movement restrictions and the closure of tourism activities caused the monthly sales of most agritourism operators to fall to a critical level of less than RM2,000 a month at the height of the pandemic (Ashadi Yaacob @ Ramli & Yusof, 2023). Figure 10.1 shows that the agritourism industry recovered after the pandemic, but not at a uniform rate. The number of domestic tourists rose consistently, with recovery rates of between 80.0% and 97.5%, reaching 97.5% in 2022, above the pre-pandemic level of 2019 (85.0%).
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
- 2Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 10
- Pages
- 179–198
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 15 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114644


