Program Keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi): Kajian Kes di Kampung Sungai Bayor, Selama, Perak
English titleEntrepreneurship Programmes at the Digital Economy Centre (PEDi): A Case Study in Kampung Sungai Bayor, Selama, Perak
Abstract
Perkembangan ekonomi digital telah membawa perubahan yang signifikan terhadap landskap keusahawanan di Malaysia. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bukan sahaja memudahkan urusan perniagaan, malah membuka peluang baharu kepada usahawan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan secara lebih meluas (Amirrudin & Ahmad, 2024). Seiring dengan agenda pendigitalan negara, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai sebuah inisiatif untuk memperkasakan komuniti setempat melalui peningkatan literasi digital, pembangunan kemahiran serta pengukuhan aktiviti keusahawanan digital (Mohammad & Masrukhin, 2025; PEDi 2022). PEDi berperanan sebagai pusat sehenti yang menyediakan akses kepada internet, latihan digital dan program pembangunan keusahawanan bagi membantu masyarakat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
PEDi berfungsi sebagai platform yang menyediakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Program-program yang dilaksanakan memberi fokus kepada pembangunan kemahiran keusahawanan, pemasaran digital, penggunaan platform e-dagang, pengurusan media sosial dan pengukuhan jenama perniagaan. Melalui pendekatan ini, PEDi membantu usahawan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan mereka dalam mengadaptasi teknologi digital untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan daya saing dalam pasaran yang semakin mencabar (PEDi 2022).
The growth of the digital economy has brought significant changes to the entrepreneurial landscape in Malaysia. The use of information and communication technology (ICT) not only makes business transactions easier, but also opens new opportunities for entrepreneurs to market their products and services more widely (Amirrudin & Ahmad, 2024). In line with the national digitalisation agenda, the government, through the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), established the Digital Economy Centre (Pusat Ekonomi Digital, PEDi) as an initiative to empower local communities by raising digital literacy, developing skills and strengthening digital entrepreneurial activity (Mohammad & Masrukhin, 2025; PEDi 2022). PEDi serves as a one-stop centre that provides internet access, digital training and entrepreneurship development programmes to help communities improve their socio-economic standing.
PEDi functions as a platform that provides a range of training and mentoring programmes for micro, small and medium entrepreneurs (MSMEs). The programmes focus on developing entrepreneurial skills, digital marketing, the use of e-commerce platforms, social media management and the strengthening of business brands. Through this approach, PEDi helps entrepreneurs increase their knowledge and their ability to adopt digital technology in order to grow their businesses and become more competitive in an increasingly challenging market (PEDi 2022).
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
- 2Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 7
- Pages
- 119–132
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 15 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114644


