PERTANIKA JOURNAL OF TROPICAL AGRICULTURAL SCIENCE

 

e-ISSN 2231-8542
ISSN 1511-3701

Home / Regular Issue / JTAS Vol. 6 (1) Mar. 1998 / JSSH-0097-1998

 

Keberkesanan Modul Perkembangan Keijaya Bersepadu Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan

Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 6, Issue 1, March 1998

Keywords: Keberkesanan, modul motivasi, motivasi pencapaian

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Jelebu, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk ‘true experimental’, ujian praujian pasca, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 50 pelajar Tingkatan 4 yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kelompok, kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kumpulan besar atau mass dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yang mengandungi lima fasa yang telah diperkenal oleh Sidek. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan Ujian Pencapaian Mehrabian sebelum dan selepas rawatan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOVA sehala. Keputusan-keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu telah dapat meningkatkan motivasi pencapaian di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0097-1998

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles