PERTANIKA JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES

 

e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702

Home / Regular Issue / JSSH Vol. 1 (1) Mar. 1993 / JSSH-0005-1993

 

Faktor-Faktor Keluarga dan Tingkah Laku Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Perbandingan an tar a Penyalahguna Dadah dengan Bukan Penyalahguna Dadah

H.M. Abdullah Al-Hadi

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 1, Issue 1, March 1993

Keywords: Komunikasi, kasih sayang, ahli keluarga menyalahgunakan dadah, penyalahguna dadah, dan bukan penyalahguna dadah

Published on:

Kajian ini meneliti perbandingan aspek komunikasi ibu bapa-anak, hubungan kasih sayang ibu bapa-anak, dan penglibatan ahli keluarga dalam penyalahgunaan dadah antara penyalahguna dadah dengan bukan penyalahguna dadah. Sampel kajian terdiri daripada 191 penyalahguna dadah yang sedang menerima rawatan pemulihan di empat buah Pusat Serenti Kerajaan, dan 191 orang bukan penyalahguna dadah yang tinggal di Kuala Lumpur. Dua instrumen khas iaitu Komunikasi dan “Parent-Child Interaction Rating Scale” digunakan dalam kajian ini. Kajian mendapati terdapatnya perbe/.aan yang signifikan berhubung dengan kasih sayang ibu bapa-anak, komunikasi ibu bapa-anak, dan penglibatan ahli keluarga dalam penyalahgunaan dadah antara penyalahguna dadah dengan bukan penyalahguna dadah. Keputusan kajian mempunyai implikasi ke atas program-program pencegahan penyalahgunaan dadah di negara ini khususnya berkait dengan kasih sayang dan hubungan komunikasi ibu bapa-anak, dan model tingkah laku ibu bapa di kalangan anak-anak.