Home / Regular Issue / JTAS Vol. 8 (3) Dec. 1985 / PERT-0328-1985

 

Keperluan Latihan Pegawai-Pegawai Barisan Hadapan RISDA

Maimunah Ismail dan Asma Ahmad

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 8, Issue 3, December 1985

Keywords: Keperluan latihan; pegawai-pegawai barisan hadapan; RISDA

Published on:

Satu kajian telah dijalankan di kalangan 194 orang pegawai-pegawai barisan hadapan RISDA dari seluruh Semenanjung Malaysia. Tujuan kajian ialah untuk mengenalpasti keperluan latihan pegawai-pegawai pengembangan ini dalam bidang teknik dan bukan teknik. Penemuan kajian adalah penting untuk merangkakan kurikulum latihan dalam perkhidmatan bagi kategori pegawai RISDA tersebut. Kajian telah mendapati pegawai-pegawai barisan hadapan RISDA memerlukan latihan dalam perkhidmatan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan program modenisasi untuk memperbagaikan punca pendapatan pekebun kecil iaitu ternakan kambing, lembu dan kerbau (76 peratus), ternakan ikan air tawar (73.65 peratus), ekoi*omipertanian (73.4 peratus) dan ternakan ayam (73.28 peratus). Pegawai-pegawai tersebut mempunyai kecekapan yang rendah dalam bidang-bidang tersebut kerana ia merupakan program baru yang diberi tumpuan oleh RISDA di samping program-program pengeluaran getah.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

PERT-0328-1985

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles