PERTANIKA JOURNAL OF TROPICAL AGRICULTURAL SCIENCE

 

e-ISSN 2231-8542
ISSN 1511-3701

Home / Regular Issue / JTAS Vol. 8 (1) Apr. 1985 / PERT-0285-1985

 

Penilaian Keberkesanan Beberapa Jenis Baja Fosfat Ke Atas Tanaman Jagung (Zea mays, L.)

Zaharah Abdul Rahman

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 8, Issue 1, April 1985

Keywords: P larut-air; P larut-sitrat; kedapatan P; P tersedia

Published on:

Satu percubaan telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan empat jenis baja fosfat terhadap tumbesaran pokok jagung yang ditanam pada tanah Siri Munchong (Tropeptic Haplorthox). Empat jenis baja fosfat yang terdiri daripada Tripel Super fosfat, Superfosfat Tunggal, Fosfat Batuan, Christmas Island and Fosfat Batuan Moroccon; telah digunakan pada kadar 50, 100 dan 200 kg P ha Baja-baja daripada jenis superfosfat didapati menghasilkan berat kering dan pengambilan P yang lebih tinggi daripada baja-baja jenis batuan. Berat kering dan pengambilan P oleh pokok jagung juga bertambah dengan penambahan kadar pembajaan P. Kehadiran P yang diperolehi oleh pokok jagung didapati berkait rapat dengan kandungan P larut air dan P yang sedia ada dalam baja.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

PERT-0285-1985

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles