Home / Regular Issue / JTAS Vol. 14 (2) Sep. 2006 / JSSH-0218-2006

 

Faktor-faktor Peminjaman Bahasa Asing Ke dalam Bahasa Arab: Satu Kajian Linguistik Sejarawi

Abd. Rauf Datoy Haji Hassan Azhari

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 14, Issue 2, September 2006

Keywords: Bahasa asing, bahasa Arab, linguistik sejarawi

Published on:

Kajian ini merupakan satu kajian linguistik sejarawi terhadap kemasukan bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Penulis akan membentangkan secara terperinci mengenai faktor-faktor kemasukan bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Di antara faktor-faktor utama yang pernah digariskan oleh sarjana bahasa dan linguistik Arab hari ini adalah faktor perdagangan, politik, sosial dan agama. Di sini, penulis telah membahagikan kepada enam faktor utama yang menyebabkan kemasukan peminjaman bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Penulis juga berpendapat bahawa terjemahan merupakan faktor utama dalam kemasukan peminjaman bahasa asing ini memandangkan kesan dan pengaruhnya lebih kuat dan mendalam berbanding faktor-faktor yang lain. Kesemua faktor ini memainkan peranan secara langsung dan tidak langsung dalam melahirkan dan mewujudkan peminjaman bahasa asing ke dalam bahasa Arab.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0218-2006

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles