PERTANIKA JOURNAL OF TROPICAL AGRICULTURAL SCIENCE

 

e-ISSN 2231-8542
ISSN 1511-3701

Home / Regular Issue / JTAS Vol. 14 (1) Mar. 2006 / JSSH-0208-2006

 

Perisian Helaian Hamparan (PHH) dengan Program Excel dan Perisian Berbantukan Komputer (PBK) dalam Pembelajaran Sains: Kesan Ke Atas Persepsi dan Kemahiran Berfikir Pelajar

Kamisah Osman, Nor Liya Ismail & Lilia Halim

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 14, Issue 1, March 2006

Keywords: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), persepsi, kemahiran kognitif, pengajaran dan pembelajaran sains

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Perisian Helaian Hamparan(PHH) dengan program Excel dan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berbanding kaedah konvensional dalam pengajaran Fizik. Keberkesanan merujuk kepada persepsi pelajar terhadap penggunaan PHH dengan program Excel dan perisian PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga pemahaman konsep topik yang diajar. Kajian telah dijalankan ke atas 96 orang pelajar Tingkatan Empat melalui pendekatan kuasi eksperimen. Dua set soal selidik yang berbeza, yang kebolehpercayaannya telah ditentukan secara sistematik, telah digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan PHH dengan program Excel dan keberkesanan penggunaan perisian PBK Pengukuran pencapaian akademik pelajar telah dilakukan dengan menggunakan satu set ujian sumatif. Secara spesifik, kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial ( 3 x 2 x 2 ) di mana faktor pertama mengandungi aspek kaedah pengajaran (PHH, PBK, KONV), faktor kedua mewakili jantina pelajar (lelaki, perempuan) dan faktor yang ketiga mengandungi aspek jenis soalan (aras kognitif tinggi, rendah). Analisis statistik yang terlibat ialah statistik deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan statistik inferensi pada aras signifikan 0.05. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kumpulan PHH memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan PHH dalam pembelajaran Fizik, begitu juga dengan pelajar kumpulan PBK. Hasil kajian turut menunjukkan secara keseluruhannya, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat menjana pembelajaran Fizik yang berkesan seperti mana yang diukur oleh ujian pencapaian yang dibina, di mana skor min kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran menggunakan PHH dengan program Excel (62.4) dan menggunakan perisian PBK (60.0) adalah lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional (52.4). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa skor min soalan kognitif tinggi kumpulan PHH dengan program Excel (67.50) dan perisian PBK (61.25) adalah juga lebih baik berbanding dengan rakan mereka dalam kumpulan konvensional (55.53).

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0208-2006

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles