e-ISSN 2231-8542
ISSN 1511-3701
Lily Mastura Harun & Ooi Boon Keat
Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 12, Issue 2, September 2004
Keywords: Penagih dadah, teori psikologi individu, gaya hidup, konstelasi keluarga, corak mimpi, ingatan awal, kesilapan asas
Published on:
Kajian kes yang berbentuk kualitatif ini dijalankan untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Teori psikologi individu yang telah dikemukakan oleh Alfred Adler digunakan sebagai kerangka teoretikal untuk meneroka gaya hidup penagih dadah. Gaya hidup penagih dadah dinilai dari segi konstruk konstelasi keluarga, ingatan awal, corak mimpi, dan kesilapan asas. Dua pelatih dari Pusat Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Abadi (PERSADA) telah dijadikan responden kajian. Responden A ialah penagih kali pertama menjalani pemulihan dan responden B ialah penagih ulangan. Temu duga berstruktur berpandukan soal selidik Temu Bual Psikologi Individu telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konstruk-konstruk psikologi individu mampu memaparkan gaya hidup penagih dadah yang banyak dipengaruhi oleh faktor kekeluargaan.
ISSN 1511-3701
e-ISSN 2231-8542