Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (1) Mar. 2001 / JSSH-0129-2001

 

Pembangunan Ekonomi, Agihan Pendapatan dan Hipotesis U-Terbalik Kuznets: Penilaian Semula

Rahmah Ismail

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 1, March 2001

Keywords: Pembangunan ekonomi, agihan pendapatan, Hipotesis U-Terbalik, pekali Gini, Human Development Index

Published on:

Semenjak Simon Kuznets mengemukakan Hipotesis U-Terbalik Kuznets pada tahun 1955, ramai pengkaji telah membuktikan kebenaran hipotesis ini. Hipotesis ini sebenarnya menghubungkan agihan pendapatan dengan tahap pembangunan negara dan mendapati bahawa hubungannya berbentuk U-Terbalik. Ini menunjukkan agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang di peringkat awal pembangunan dan semakin seimbang apabila tahap pembangunan yang lebih tinggi dicapai. Pengukuran pembangunan yang digunakan oleh Kuznets dan pengkaji-pengkaji selepasnya adalah secara tradisional iaitu berdasarkan tingkat Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita. Namun demikian pengukuran ini tidak dapat mencerminkan pembangunan sebenar kerana berdasarkan indikator ekonomi semata-mata. Konsep pembangunan yang lebih baik seharusnya merangkumi indikator-indikator sosial seperti kadar celik huruf, tingkat pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan-kemudahan social yang lain. Pengukuran terkini pembangunan telah dilakukan oleh United Nations dengan membentuk Human Development Index (HDI). Artikel ini cuba menganalisis semula hipotesis U-Terbalik Kuznets secara menghubungkan agihan pendapatan dengan HDI. Keputusan analisis ini kemudiannya akan dibandingkan dengan pendekatan Kuznets. Artikel ini juga cuba mengutarakan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi agihan pendapatan sesebuah negara.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0129-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles