Home / Regular Issue / JTAS Vol. 7 (1) Mar. 1999 / JSSH-0109-1999

 

Kepuasan Bekeija di Kalangan Pegawai Tadbir Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Sidek Mohd Noah dan Mardiana Hj. Muhamad

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 7, Issue 1, March 1999

Keywords: Kepuasan bekeija, suasana kerja, kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan, teman sekerja

Published on:

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada wujud hubungan antara aspek kepuasan kerja seperti suasana bekerja, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan, dan teman sekerja dengan kepuasan kerja di kalangan Pegawai Tadbir UPM. Subjek kajian terdiri daripada 55 Pegawai Tadbir yang bertugas di UPM sehingga Januari 1998 menggunakan pensampelan rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah Job Descriptive Index (JDI) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Arifin Haji Zainal (1980) menggunakan kaedah back translation. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif, regresi mudah dan regresi pelbagai dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Keputusan kajian menunjukkan wujudnya hubungan saling pengaruh mempengaruhi antara suasana bekerja, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan dan teman sekerja dengan kepuasan bekerja. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa setiap aspek iaitu suasana bekerja, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan dan teman sekerja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja. Sehubungan dengan keputusan kajian yang telah diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0109-1999

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles