Home / Regular Issue / JTAS Vol. 6 (2) Sep. 1998 / JSSH-0099-1998

 

Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia

Nor Mohd Zulkamain Bin Abdul Yazid dan Mazanah Muhamad

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 6, Issue 2, September 1998

Keywords: Keberkesanan latihan, pembelajaran, pengalaman pembelajaran, maklum balas, pemindahan pembelajaran, rakan kongsi latihan, penyelidikan kualitatif.

Published on:

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara terperinci kajian kualitatif ini bertujuan untuk mendapat pandangan peserta terhadap keberkesanan Kursus Kejurulatihan APM* dan mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan dari perspektif peserta kursus tersebut. Penyelidik telah menemu duga secara terperinci sepuluh informan. Kajian ini menunjukkan, dari perspektif peserta, bahawa: (1) Kursus Kejurulatihan APM mencapai tahap keberkesanan yang membanggakan; (2) lapan perkara membantu meningkatkan keberkesanan latihan, iaitu kejelasan objektif, motivasi, penyediaan dan penyusunan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, bimbingan dan maklum balas, pemindahan pembelajaran, susulan dan maklum balas, kesesuaian tempat latihan, serta sokongan daripada pihak pengurusan organisasi; (3) pihak pengurusan APM memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas kursus dalam menjayakan kursus yang dianjurkan; dan (4) ketiga-tiga rakan kongsi utama iaitu peserta, fasilitator, dan pihak pengurusan APM, membantu meningkatkan keberkesanan latihan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0099-1998

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles