APLIKASI PERMAINAN DELIGHTEX DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA SUKU KATA BAHASA MELAYU MURID PRASEKOLAH
English titleUsing the Delightex Game Application to Improve Preschool Pupils' Basic Malay Syllable Reading Skills
Abstract
Kaedah pembelajaran melalui aplikasi permainan diiktiraf secara meluas sebagai strategi yang berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aplikasi permainan Delightex yang berasaskan permainan digital dalam meningkatkan kemahiran asas membaca suku kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pra-eksperimen dengan pendekatan satu kumpulan praujian-pascaujian. Seramai 40 orang murid prasekolah berumur lima dan enam tahun yang mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian penguasaan membaca suku kata. Hasil analisis menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam skor kemahiran membaca dan pencapaian akademik murid selepas intervensi. Dapatan ini menunjukkan potensi penggunaan aplikasi Delightex dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif, sekali gus menyokong perkembangan literasi awal dalam konteks pendidikan prasekolah.
Learning through game applications is widely recognised as an effective strategy in early childhood education. This study evaluates the effectiveness of the Delightex digital game application in improving the basic Malay syllable reading skills of preschool pupils. It uses a pre-experimental, one-group pre-test–post-test design. Forty preschool pupils aged five and six following the National Preschool Standard Curriculum (KSPK) were selected as the sample. The instrument was a test of syllable reading mastery. The analysis shows a significant increase in pupils' reading scores and academic achievement after the intervention. The findings point to the potential of Delightex for creating an enjoyable and interactive learning environment that supports early literacy development in preschool education.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
- 2Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kedah, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
- Editors
- Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
- Chapter
- 3
- Pages
- 89–119
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114224


