MANIFESTASI PEMIKIRAN SYED HUSSEIN ALATAS DALAM MITOS PERIBUMI MALAS BERDASARKAN PENDEKATAN MEDAN SEMANTIK
English titleThe Thought of Syed Hussein Alatas in The Myth of the Lazy Native: A Semantic Field Approach
Abstract
Karya Mitos Peribumi Malas oleh Syed Hussein Alatas merupakan sebuah karya penting yang membincangkan pembentukan stereotaip masyarakat peribumi oleh penjajah Barat (Byrd & Miri, 2023). Karya ini memperlihatkan bagaimana penjajah membina imej negatif terhadap masyarakat Melayu dan peribumi lain melalui pelbagai wacana kolonial seperti laporan pentadbiran, catatan pengembara dan tulisan orientalis. Label “malas” yang diberikan kepada masyarakat peribumi bukan sahaja berfungsi sebagai gambaran sosial, malah dijadikan alat ideologi untuk mengabsahkan penjajahan dan eksploitasi ekonomi terhadap masyarakat tempatan (Zainudin et al., 2025).
Pemikiran Syed Hussein Alatas dalam karya ini menolak tanggapan bahawa kemunduran masyarakat peribumi berpunca daripada sifat semula jadi bangsa tersebut (Moosavi, 2019). Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kemiskinan dan kelembapan ekonomi masyarakat peribumi berlaku akibat sistem penjajahan yang menindas, monopoli ekonomi kolonial dan penafian peluang pendidikan serta pembangunan sosial (Arifin, 2012). Oleh itu, karya ini bukan sekadar kritikan terhadap kolonialisme, tetapi juga merupakan usaha membina kesedaran intelektual dalam memahami sejarah dan identiti bangsa.
The Myth of the Lazy Native by Syed Hussein Alatas is an important work that discusses how Western colonisers constructed stereotypes of native peoples (Byrd & Miri, 2023). It shows how the colonisers built a negative image of the Malays and other native peoples through colonial discourses such as administrative reports, travellers' accounts and Orientalist writing. The label “lazy” attached to native peoples served not only as a social description but also as an ideological tool to legitimise colonisation and the economic exploitation of local communities (Zainudin et al., 2025).
In this work Syed Hussein Alatas rejects the notion that the backwardness of native peoples stemmed from the inherent nature of the race (Moosavi, 2019). Instead, he argues that their poverty and economic stagnation were the result of an oppressive colonial system, colonial economic monopoly and the denial of opportunities for education and social development (Arifin, 2012). The work is therefore not only a critique of colonialism but also an effort to build intellectual awareness in understanding a nation's history and identity.
Affiliations
- Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
- Editors
- Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
- Chapter
- 6
- Pages
- 120–150
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114262


