Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 4 · Pertanika Book Series

POTENSI DAERAH SIK, KEDAH SEBAGAI PELANCONGAN ASTRONOMI

English titleThe Potential of Sik District, Kedah, for Astronomy Tourism

Siti Alwaliyah Mansor, Zeety Kartini Abdul Hamid, Salmah Omar, Haslinda Hasan, Sharifah Ismail

Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah 29 October 2026 Pages 67–92
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Industri pelancongan merupakan sektor strategik yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Pada tahun 2024, sektor pelancongan menyediakan kira-kira 3.5 juta pekerjaan atau 21.6 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2025). Kepelbagaian geografi, warisan budaya dan sumber semula jadi membolehkan Malaysia menawarkan pelbagai produk pelancongan, daripada pelancongan bandar, sejarah dan budaya hinggalah ekopelancongan, pelancongan maritim dan pelancongan komuniti. Namun demikian, perubahan minat pelancong terhadap pengalaman yang lebih autentik, berilmu dan mesra alam menuntut pembangunan produk pelancongan berasaskan minat khusus yang lebih inovatif.
Salah satu segmen yang semakin mendapat perhatian ialah pelancongan astronomi atau astropelancongan, iaitu kegiatan pelancongan yang berasaskan pengalaman memerhati dan memahami langit malam, termasuk bintang, planet, buruj, hujan meteor dan jalur Bima Sakti. Astropelancongan tidak terbatas kepada aktiviti cerapan, tetapi turut menggabungkan unsur pendidikan sains, pemuliharaan alam sekitar, interpretasi budaya dan pengalaman komuniti. Kajian menunjukkan bahawa segmen ini berpotensi mempelbagaikan produk destinasi, memperpanjang tempoh kunjungan serta menyokong pembangunan ekonomi luar bandar apabila dirancang berasaskan penglibatan masyarakat tempatan (Rodrigues, Rodrigues, & Peroff, 2015; Jacobs, Du Preez, & Fairer-Wessels, 2020).

English

The tourism industry is a strategic sector that contributes to economic growth, employment opportunities and improved living standards. In 2024 the tourism sector provided some 3.5 million jobs, or 21.6 per cent of total employment in Malaysia (Department of Statistics Malaysia, 2025). Its diverse geography, cultural heritage and natural resources allow Malaysia to offer a wide range of tourism products, from urban, historical and cultural tourism to ecotourism, marine tourism and community tourism. However, tourists' shifting interest towards experiences that are more authentic, educational and environmentally friendly calls for more innovative special-interest tourism products.
One segment that is attracting growing attention is astronomy tourism, or astrotourism: tourism based on the experience of observing and understanding the night sky, including stars, planets, constellations, meteor showers and the Milky Way. Astrotourism is not limited to observation but also combines science education, environmental conservation, cultural interpretation and community experience. Studies show that this segment can diversify a destination's products, lengthen visits and support rural economic development when it is planned around the involvement of local communities (Rodrigues, Rodrigues, & Peroff, 2015; Jacobs, Du Preez, & Fairer-Wessels, 2020).

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
Editors
Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
Chapter
4
Pages
67–92
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114262