Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 4 · Pertanika Book Series

Menyahkod Kepuasan Pelancong di Tapak Pelancongan Kebudayaan di Malaysia: Memanfaatkan Analisis Sentimen, Pemodelan Topik dan Pembelajaran Mesin

English titleDecoding Tourist Satisfaction at Cultural Tourism Sites in Malaysia: Leveraging Sentiment Analysis, Topic Modelling and Machine Learning

Shankar Chelliah1*, Xiaoxu Huang2

Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi 20 October 2026 Pages 81–104
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Pelancongan merupakan salah satu industri paling penting di peringkat global dari segi saiz pasaran dan penjanaan pendapatan untuk sesebuah negara. Mengambil kira hakikat ini, Malaysia telah mengumumkan tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia untuk memulihkan industri pelancongan. Peniaga kecil dan mikro amat bergantung pada jumlah ketibaan pelancong, sama ada domestik mahupun antarabangsa. Dengan memahami kepuasan pelancong secara lebih baik, pihak penganjur pelancongan boleh mengurus persaingan dalaman, memupuk kelebihan persaingan yang lebih mampan, mengurangkan risiko penutupan perniagaan berkaitan dengan pelancongan, meningkatkan kesetiaan para pelancong, dan akhirnya meningkatkan keuntungan serta pendapatan bagi kesemua pihak yang terlibat.
Penyelidik telah mula menunjukkan minat yang ketara dalam memanfaatkan teknik perlombongan teks (text-mining) untuk mengkaji isu-isu berkaitan pelancongan dalam ulasan dalam talian, seperti persepsi dan imej destinasi pelancongan, serta pengalaman pelancong. Pelancongan kreatif ialah sejenis pelancongan yang meningkatkan nilai pengalaman pelancong dengan beralih daripada pasif kepada aktif, menawarkan pengalaman yang lebih bermakna yang menghubungkan kreativiti, budaya, dan inovasi di destinasi pelancongan.

English

Tourism is one of the most important industries in the world in terms of market size and the revenue it generates for a country. In view of this, Malaysia has declared 2026 Visit Malaysia Year in order to revive the tourism industry. Small and micro businesses depend heavily on the number of tourist arrivals, both domestic and international. By better understanding tourist satisfaction, tourism organisers can manage internal competition, foster a more sustainable competitive advantage, reduce the risk of tourism-related business closures, increase tourist loyalty and, ultimately, raise profits and incomes for all those involved.
Researchers have begun to show considerable interest in using text-mining techniques to examine tourism-related issues in online reviews, such as perceptions and images of tourist destinations, and tourist experiences. Creative tourism is a form of tourism that increases the value of the tourist experience by moving from passive to active participation, offering more meaningful experiences that connect creativity, culture and innovation at tourist destinations.

Contributors

Affiliations

  1. 1School of Management, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  2. 2Management School, Wuhan College, Wuhan, 430212China
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
Editors
Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
Chapter
4
Pages
81–104
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
20 October 2026
E-ISBN
9786297114231