Kepimpinan Komuniti dan Urustadbir Partisipatif dalam Memperkukuh Pengurusan Pembangunan Mampan
English titleCommunity Leadership and Participatory Governance in Strengthening the Management of Sustainable Development
Abstract
Perubahan paradigma pembangunan daripada pendekatan berorientasikan top-down kepada pendekatan yang lebih inklusif dan partisipatif telah meningkatkan kepentingan kepimpinan komuniti dalam pengurusan pembangunan mampan. Walaupun penyertaan masyarakat semakin diiktiraf dalam agenda pembangunan, kewujudan ruang penyertaan tidak semestinya menjamin penglibatan yang bermakna atau pengaruh masyarakat terhadap proses pembuatan keputusan. Artikel konseptual ini bertujuan menganalisis hubungan antara kepimpinan komuniti dan urustadbir partisipatif serta menjelaskan mekanisme yang menghubungkan kedua-duanya dengan pengurusan pembangunan mampan. Perbincangan dibangunkan melalui ulasan dan sintesis literatur berkaitan kepimpinan komuniti, modal sosial, pemerkasaan komuniti, penyertaan masyarakat, urustadbir partisipatif dan pembangunan mampan. Sintesis konseptual menunjukkan bahawa kepimpinan komuniti tidak mempengaruhi pembangunan mampan secara langsung, sebaliknya berpotensi membina modal sosial dan pemerkasaan yang meningkatkan kapasiti masyarakat untuk terlibat secara bermakna dalam proses urustadbir. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut dipengaruhi oleh struktur kuasa, representasi, keterangkuman, akauntabiliti dan responsiviti institusi. Artikel ini menegaskan bahawa keberkesanan pembangunan mampan memerlukan bukan sahaja komuniti yang berkeupayaan dan berdaya tindak, tetapi juga institusi yang terbuka, inklusif dan responsif terhadap penyertaan masyarakat.
The shift in the development paradigm from top-down approaches to more inclusive and participatory ones has increased the importance of community leadership in the management of sustainable development. Although public participation is increasingly recognised in the development agenda, the existence of spaces for participation does not necessarily guarantee meaningful involvement or public influence over decision-making. This conceptual article aims to analyse the relationship between community leadership and participatory governance, and to explain the mechanisms that link both to the management of sustainable development. The discussion is developed through a review and synthesis of the literature on community leadership, social capital, community empowerment, public participation, participatory governance and sustainable development. The conceptual synthesis shows that community leadership does not influence sustainable development directly; rather, it has the potential to build the social capital and empowerment that increase the capacity of communities to take part meaningfully in governance processes. This relationship is, however, shaped by power structures, representation, inclusiveness, accountability and institutional responsiveness. The article stresses that effective sustainable development requires not only capable communities with agency, but also institutions that are open, inclusive and responsive to public participation.
Affiliations
- Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Komuniti Progresif dalam Era Transformasi
- Editors
- Khofizhoah Mohd Karim, Mohd Rizal Safar
- Chapter
- 8
- Pages
- 138–187
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 16 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114019


