Kecerdasan Buatan sebagai Pemangkin Pembangunan Komuniti di Pantai Cenang, Pulau Langkawi
English titleArtificial Intelligence as a Catalyst for Community Development in Pantai Cenang, Langkawi Island
Abstract
Jurang digital yang kritikal khususnya melibatkan ketidaksediaan masyarakat untuk mengadaptasi teknologi pintar menjejaskan daya saing Malaysia dalam mendepani arus pelancongan global. Kajian ini meneroka peranan AI sebagai pemangkin pembangunan komuniti di Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran, kajian ini menilai potensi aplikasi AI, kesediaan digital serta cabaran pelaksanaan dalam kalangan komuniti setempat seperti peniaga mikro, pengusaha hospitaliti dan nelayan. Hasil kajian menunjukkan AI berpotensi besar memodernisasikan sektor pelancongan pintar melalui chatbot pelbagai bahasa, mengoptimumkan pengurusan sisa pepejal melalui penggunaan IoT dan meningkatkan rantaian ekonomi mikro menerusi analitik ramalan permintaan. Berteraskan Teori Sistem Sosio-Teknikal, wujud jurang ketara antara akses peranti yang tinggi dengan tahap literasi AI yang masih rendah. Transisi teknologi ini turut dikekang oleh isu kos pelaburan, ketidakstabilan rangkaian internet sewaktu musim puncak pelancongan dan ketakutan psikologi komuniti terhadap kehilangan pekerjaan tradisional. Kajian ini merumuskan bahawa kejayaan intervensi AI memerlukan formula keseimbangan holistik melalui penglibatan strategik pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan projek rintis, geran subsidi serta program bina upaya. Untuk kajian akan datang, usaha merakyatkan teknologi digital ini perlu dipertingkatkan untuk membina ekosistem komuniti mampan yang memacu kesejahteraan sosioekonomi tempatan di peringkat global.
A critical digital divide, particularly the community's unpreparedness to adopt smart technologies, undermines Malaysia's competitiveness in the face of global tourism trends. This study explores the role of AI as a catalyst for community development in Pantai Cenang, Langkawi Island. Using a mixed-methods approach, it assesses the potential applications of AI, digital readiness and the challenges of implementation among local community members such as micro-traders, hospitality operators and fishers. The findings show that AI has great potential to modernise the smart tourism sector through multilingual chatbots, to optimise solid waste management through the use of the IoT and to strengthen the micro-economic value chain through demand-forecasting analytics. Drawing on Socio-Technical Systems Theory, the study identifies a marked gap between high levels of device access and still low levels of AI literacy. This technological transition is also constrained by investment costs, unstable internet connectivity during the peak tourist season and the community's psychological fear of losing traditional livelihoods. The study concludes that the success of AI interventions requires a holistic balance, achieved through the strategic involvement of the local authorities in providing pilot projects, subsidy grants and capacity-building programmes. For future research, efforts to make these digital technologies accessible to the wider public should be stepped up in order to build a sustainable community ecosystem that drives local socio-economic well-being at the global level.
Affiliations
- Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Komuniti Progresif dalam Era Transformasi
- Editors
- Khofizhoah Mohd Karim, Mohd Rizal Safar
- Chapter
- 2
- Pages
- 16–33
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 16 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114019


