Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

Etika dalam Pengurusan dan Pemeliharaan Sumber Hutan di Malaysia

English titleEthics in the Management and Conservation of Forest Resources in Malaysia

Noranida Mokthsim1

Etika dalam Pembangunan 1 October 2026 Pages 191–226
Keywordsetika alam sekitar, pengurusan hutan, tadbir urus, masyarakat Orang Asli, kelestarian, Malaysia.
Keywords (English)environmental ethics, forest management, governance, Orang Asli communities, sustainability, Malaysia.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kajian ini bertujuan menganalisis aspek etika dalam pengurusan dan pemeliharaan sumber hutan di Malaysia dengan memberi penekanan terhadap hubungan antara tadbir urus hutan, hak komuniti tempatan dan prinsip kelestarian alam sekitar. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap dasar-dasar kehutanan, artikel jurnal, laporan agensi serta kajian-kajian terdahulu yang berkaitan. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema-tema utama yang mempengaruhi pelaksanaan pengurusan hutan secara beretika. Dapatan kajian menunjukkan lima tema utama, iaitu (i) ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemuliharaan hutan, (ii) kelemahan pengiktirafan hak masyarakat Orang Asli dan komuniti tempatan, (iii) kelemahan tadbir urus dan penyelarasan institusi, (iv) kepentingan pengintegrasian nilai etika, agama dan kearifan tempatan dalam pengurusan hutan, serta (v) keperluan melaksanakan pendekatan pengurusan secara kolaboratif melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. Kajian ini turut mendapati bahawa pendekatan pengurusan yang terlalu berorientasikan keuntungan ekonomi telah mengurangkan keberkesanan usaha pemuliharaan, di samping meningkatkan konflik tenurial, ketidakseimbangan sosial dan ketidakadilan dalam pengagihan manfaat sumber hutan. Oleh itu, pengukuhan dasar yang berteraskan prinsip keadilan sosial, tadbir urus yang telus, penyertaan komuniti dan perlindungan hak masyarakat tempatan adalah amat penting bagi memastikan kelestarian pengurusan sumber hutan. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan kerangka etika pengurusan hutan yang lebih inklusif serta menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim), SDG 15 (Kehidupan di Daratan) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh).

English

This study aims to analyse the ethical aspects of the management and conservation of forest resources in Malaysia, with an emphasis on the relationship between forest governance, the rights of local communities and the principles of environmental sustainability. The study adopts a qualitative approach through a documentary analysis of forestry policies, journal articles, agency reports and related previous studies. The data were analysed using thematic analysis to identify the main themes that influence the ethical implementation of forest management. The findings reveal five main themes: (i) the imbalance between economic development and forest conservation; (ii) weak recognition of the rights of the Orang Asli and local communities; (iii) weaknesses in governance and institutional coordination; (iv) the importance of integrating ethical and religious values and local wisdom into forest management; and (v) the need for a collaborative management approach involving multiple stakeholders. The study also finds that management approaches that are overly oriented towards economic profit have reduced the effectiveness of conservation efforts, while increasing tenurial conflict, social imbalance and injustice in the distribution of the benefits of forest resources. Strengthening policy grounded in the principles of social justice, transparent governance, community participation and the protection of the rights of local communities is therefore essential to ensure the sustainable management of forest resources. The study is expected to contribute to the development of a more inclusive ethical framework for forest management and to support the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs), in particular SDG 13 (Climate Action), SDG 15 (Life on Land) and SDG 16 (Peace, Justice and Strong Institutions).

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah
Publication record

Bibliographic details

Book
Etika dalam Pembangunan
Editors
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Nur Aili Hanim Hanafiah, Noranida Mokthsim
Chapter
10
Pages
191–226
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
1 October 2026
E-ISBN
9786297114002
Book DOI
10.47836/pbs.002