MUZIK POP BARAT DI INDONESIA TAHUN 1960AN DALAM PERTARUNGAN IDEOLOGI POLITIK DAN BUDAYA
English titleWestern Pop Music in 1960s Indonesia amid the Struggle of Political and Cultural Ideologies
Abstract
Situasi politik Indonesia tahun 1960an didominasi sentimen anti Barat oleh Sukarno dan salah satu parti politik pendukungnya, iaitu Partai Komunis Indonesia (PKI). Pada masa yang sama, kekuatan-kekuatan politik dan kebudayaan pro-Barat dengan sokongan pemerintah Amerika Syarikat berupaya menciptakan medan pertempuran ideologi untuk membendung komunisme di Indonesia. Gagasan untuk menggunakan budaya sebagai alat propaganda merupakan sebahagian daripada dasar luar Amerika untuk melawan komunisme di seluruh dunia semasa Perang Dingin (Wijaya 2013:58, Whitney 2018). Persaingan ideologi ini turut mempengaruhi perkembangan seni dan budaya pop. The Beatles dan kumpulan muzik sejenisnya yang beraliran rock n roll menjadi sasaran kecaman oleh Sukarno dan pendukungnya kerana dituduh sebagai alat neoimperialis yang membawa pengaruh buruk terhadap identiti Keindonesiaan.
Untuk memahami mengapa genre tertentu di dalam muzik pop dimusuhi oleh pihak yang berkuasa, penting untuk melihat konteks politik budaya dan bagaimana perjuangan ke atas budaya pop itu berlangsung (Farram 2014:13). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Stuart Hall, budaya pop merupakan hasil daripada sebuah perjuangan yang berterusan akibat daripada pergeseran hubungan kuasa dan tolak-menolak di antara kawalan dan penentangan (Hall 1998:442-443). Kajian Wijaya Herlambang mengenai pertarungan ideologi di dalam budaya pada waktu itu menunjukkan pembentukan ideologi anti komunisme dan bangkitnya liberalisme di Indonesia tidak terlepas daripada sebuah proses panjang mencari identiti kebudayaan nasional Indonesia. Proses pencarian identiti ini mengambil bentuk pertarungan politik dalam aktiviti kebudayaan semasa Perang Dingin (Wijaya 2013:58). Oleh kerana itu, perbahasan mengenai muzik pop di Indonesia tahun 1960an akan dibincangkan dalam konteks budaya dan politik yang lebih luas. Secara lebih spesifik, esai ini ingin membincangkan bagaimana kecenderungan ideologi politik mempengaruhi perkembangan dan tandingan kepada arus muzik pop Barat di Indonesia pada tahun 1960an, terutamanya pada masa pemerintahan Demokrasi Terpimpin (1959-1965).
Indonesian politics in the 1960s was dominated by the anti-Western sentiment of Sukarno and one of his supporting parties, the Indonesian Communist Party (PKI). At the same time, pro-Western political and cultural forces, backed by the United States government, created a battlefield of ideas to contain communism in Indonesia. Using culture as a tool of propaganda was part of American foreign policy against communism worldwide during the Cold War (Wijaya 2013:58; Whitney 2018). This ideological rivalry also affected the development of the arts and pop culture. The Beatles and similar rock and roll groups were denounced by Sukarno and his supporters as neo-imperialist tools that exerted a bad influence on Indonesian identity.
To understand why particular genres of pop music were treated as enemies by those in power, it is important to look at the context of cultural politics and how the struggle over pop culture unfolded (Farram 2014:13). As Stuart Hall observed, popular culture is the outcome of a continuous struggle arising from shifting power relations and the push and pull between control and resistance (Hall 1998:442–443). Wijaya Herlambang's study of the ideological struggle in culture at that time shows that the formation of anti-communist ideology and the rise of liberalism in Indonesia were bound up with a long search for a national Indonesian cultural identity, a search that took the form of political struggle in cultural activity during the Cold War (Wijaya 2013:58). The discussion of pop music in 1960s Indonesia is therefore set in a broader cultural and political context. More specifically, this essay discusses how political ideology influenced the development of, and the opposition to, Western pop music in Indonesia in the 1960s, particularly under Guided Democracy (1959–1965).
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 8
- Pages
- 163–177
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


