Melangkaui Hukuman: Transformasi Pemulihan Remaja Delinkuen di Malaysia melalui Integrasi Art Therapy dan Cognitive Behavioural Therapy (Matured)
English titleBeyond Punishment: Transforming the Rehabilitation of Delinquent Adolescents in Malaysia by Integrating Art Therapy and Cognitive Behavioural Therapy
Abstract
Fenomena delinkuensi remaja di Malaysia terus menjadi antara cabaran utama dalam pembangunan sosial negara kerana implikasinya melangkaui aspek pelanggaran undang-undang kepada kesejahteraan psikologi individu, kestabilan institusi keluarga, keselamatan komuniti dan pembangunan modal insan. Walaupun pelbagai program pemulihan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan institusi berkaitan, kadar pengulangan tingkah laku delinkuen serta kewujudan pelbagai faktor risiko psikososial menunjukkan bahawa pendekatan pemulihan sedia ada masih memerlukan penambahbaikan yang lebih menyeluruh. Perubahan landskap sosial akibat perkembangan teknologi digital, pengaruh media sosial, konflik keluarga, trauma awal kehidupan, tekanan rakan sebaya dan ketidakseimbangan emosi menjadikan tingkah laku delinkuen semakin kompleks serta memerlukan pendekatan intervensi yang bukan sahaja berorientasikan kawalan tingkah laku, malah memberi penekanan kepada pemulihan aspek emosi, kognitif dan psikososial secara holistik.
Dalam konteks ini, pemulihan remaja delinkuen tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan berbentuk hukuman atau penguatkuasaan disiplin semata-mata. Sebaliknya, pendekatan berasaskan bukti (evidence-based intervention) yang menggabungkan pembangunan emosi, penstrukturan semula kognitif dan pembinaan kemahiran psikososial semakin diiktiraf sebagai strategi yang lebih berkesan dalam membantu remaja membina daya tindak, meningkatkan regulasi emosi dan mengurangkan kecenderungan kepada tingkah laku berisiko. Perubahan paradigma daripada pendekatan berorientasikan hukuman kepada pendekatan pemulihan ini turut selari dengan perkembangan bidang psikologi, kaunseling dan kriminologi moden yang melihat tingkah laku delinkuen sebagai hasil interaksi kompleks antara faktor individu, keluarga, komuniti dan persekitaran sosial.
Juvenile delinquency remains one of the main challenges to Malaysia's social development because its implications go beyond breaking the law to the psychological well-being of individuals, the stability of the family, community safety and human capital development. Although many rehabilitation programmes have been run by government agencies and related institutions, repeat delinquency and the many psychosocial risk factors show that existing approaches still need more comprehensive improvement. A changing social landscape, shaped by digital technology, social media, family conflict, early trauma, peer pressure and emotional imbalance, makes delinquent behaviour increasingly complex and calls for interventions that do not merely control behaviour but address emotional, cognitive and psychosocial recovery holistically.
In this context, the rehabilitation of delinquent adolescents can no longer rely on punishment or disciplinary enforcement alone. Evidence-based interventions that combine emotional development, cognitive restructuring and psychosocial skills are increasingly recognised as more effective in helping adolescents build coping, improve emotional regulation and reduce risky behaviour. This shift from a punitive to a rehabilitative paradigm is in line with modern psychology, counselling and criminology, which see delinquent behaviour as the product of a complex interaction between individual, family, community and social environment.
Affiliations
- 1Program Psikologi Dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial di Universiti Utara Malaysia 06010, Sintok, Kedah, Malaysia.
- 2Vel Tech Rangarajan Dr. Sagunthala R and D Institute of Science and Technology, Avadi, Chennai, 600062, India.
- 3Program Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, 11800 Minden, Pulau Pinang.
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 3
- Pages
- 41–65
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


