Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 9 · Pertanika Book Series

INTEGRASI NILAI MURNI DALAM KORPUS 101 PUTERI DUNIA MELAYU: SEJARAH DAN LAGENDA MELALUI ANALISIS BERDASARKAN KERANGKA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

English titleMoral Values in the Corpus 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda: An Analysis Based on the National Philosophy of Education

Mohd Firdaus Che Yaacob1, Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris2, Nor Zuhaidah Mohamed Zain3

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 177–199
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Gagasan nilai murni secara substantif mencerminkan tingkah laku bermutu, berorientasikan positif, serta berpaksikan keluhuran akhlak. Gagasan ini merangkumi ranah kognitif, dinamika tindakan, dan pegangan teologis individu. Menurut kupasan ilmiah oleh Yaacob (2022), tradisi lisan berbentuk lagenda dan sejarah saling berkait sebagai instrumen kritikal yang merekodkan peristiwa lampau, latar geografi, serta ketokohan, sekali gus memelihara memori kolektif dan membentuk sahsiah komuniti (Yaacob et al., 2026a, 2026b, 2026c, 2026d). Kerangka pemikiran ini selari dengan pandangan Hussin (1989) bahawa sifat terpuji dapat dipupuk secara semula jadi menerusi karya kreatif. Hal ini disokong oleh Nik Pa (1990) yang menegaskan bahawa amalan nilai murni mencerminkan keikhlasan hati dan kemuliaan moral manusia. Justeru, penerapan nilai murni merupakan prasyarat mutlak dalam membina masyarakat yang berintegriti dan berjati diri kukuh.
Dari aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), nilai murni menjadi asas penting dalam membina masyarakat yang harmoni, malah disokong oleh ajaran agama di seluruh dunia. Selaras dengan itu, kajian ini meneliti rangkaian nilai murni dalam cerita rakyat Melayu serta kaitannya dengan matlamat utama Falasfah Pendidikan Kebangsaaan. Menurut Sang (2009), paksi utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirangka untuk melahirkan modal insan yang berwatak unggul dan berakhlak mulia. Antara nilai penting yang ditekankan termasuk baik hati, hormat-menghormati, kasih sayang, keberanian, kejujuran, kerajinan, kesyukuran serta kebijaksanaan intelek.

English

Moral values, in substance, reflect good, positively oriented conduct grounded in noble character. They cover an individual's cognition, actions and religious convictions. In Yaacob's (2022) account, oral traditions in the form of legend and history are interlinked as critical instruments that record past events, geographical settings and notable figures, preserving collective memory and shaping the character of a community (Yaacob et al., 2026a, 2026b, 2026c, 2026d). This accords with Hussin's (1989) view that commendable qualities can be cultivated naturally through creative works, and with Nik Pa (1990), who stresses that the practice of moral values reflects sincerity and moral nobility. Instilling moral values is therefore an absolute precondition for building a society with integrity and a strong identity.
From the standpoint of the National Philosophy of Education (FPK), moral values are an important basis for a harmonious society and are supported by religious teachings throughout the world. Accordingly, this study examines the network of moral values in Malay folk tales and their relationship with the main aims of the National Philosophy of Education. According to Sang (2009), the main axis of the National Philosophy of Education was designed to produce human capital of excellent character and noble morals. Among the values emphasised are kindness, mutual respect, compassion, courage, honesty, diligence, gratitude and intellectual wisdom.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  3. 3Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
9
Pages
177–199
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521