EKSPLORASI DAYA IMAGINASI DAN GAYA BAHASA KREATIF DALAM ANTOLOGI DONGENG SI SITI KECIL
English titleImagination and Creative Style in the Anthology Dongeng Si Siti Kecil
Abstract
Antologi merupakan satu koleksi hasil karya sastera yang dibukukan dalam satu naskhah (Nasir et al., 2020). Antologi merangkumi karya seperti puisi, cerpen, drama dan sebagainya. Antologi biasanya menghimpunkan banyak karya dalam satu masa. Ia bukan hanya satu bentuk cerita panjang. Kadang-kala, cerpen ini ditulis oleh seorang penulis atau lebih daripada tiga orang dalam satu penerbitan. Menurut Zainol & Osman (2023) antologi ialah satu bentuk naskah yang menghimpunkan pelbagai karya dengan tema yang sama. Manakala, Cheang et al. (2024) pula berpendapat sebuah antologi boleh mengandungi karya daripada ramai penulis seperti Antologi Puisi Kebangsaan atau hasil karya seorang penulis sahaja seperti Antologi Dongeng Si Siti Kecil oleh Ismail (1988). Hal ini bagi memudahkan pembaca menikmati pelbagai gaya penulisan dan pemikiran dalam satu buku yang sama. Secara tidak langsung, pembaca dapat menikmati pelbagai teknik penulisan, nada, dan sudut pandang dalam satu naskhah. Jika antologi melibatkan ramai penulis, pembaca dapat mengenali gaya bahasa yang berbeza-beza tanpa perlu membeli banyak buku.
Manakala, gaya bahasa ialah satu bentuk teknik untuk memanipulasi bahasa yang digunakan oleh penulis untuk melangkaui penggunaan kata-kata harian yang bersifat biasa (Kasran, 2015). Ia bertujuan untuk melahirkan kesan estetik, emosi, dan gambaran mental yang lebih mendalam kepada pembaca. Penggunaan gaya bahasa ini membolehkan seorang penulis tidak hanya menyampaikan maklumat secara terus, tetapi menggunakan hiasan bahasa seperti metafora, personifikasi, dan simile untuk memberikan “warna” kepada penceritaan. Menurut Mohd & Din (2024) gaya bahasa merupakan merupakan alat untuk menukarkan idea yang abstrak menjadi sesuatu yang boleh digambarkan secara visual oleh pembaca. Contohnya, daripada berkata “dia sangat sedih”, penulis kreatif mungkin menggunakan “langit hatinya runtuh seribu”. Penyataan ini disokong oleh Isahak et al. (2025) yang berpendapat gaya bahasa kreatif melibatkan pemilihan kata yang puitis, segar, dan luar daripada kebiasaan untuk membangkitkan deria penglihatan, pendengaran dan rasa daripada pembaca.
An anthology is a collection of literary works published in a single volume (Nasir et al., 2020). It may include poetry, short stories, drama and so on, and usually brings many works together at once rather than presenting one long story. The works may be written by one author or by more than three in a single publication. According to Zainol and Osman (2023), an anthology gathers various works on the same theme. Cheang et al. (2024) note that an anthology may contain works by many writers, such as the Antologi Puisi Kebangsaan, or by a single writer, such as Ismail's (1988) Antologi Dongeng Si Siti Kecil. This lets readers enjoy a range of writing styles and ideas in one book, and so encounter various techniques, tones and points of view in a single volume. Where an anthology involves many writers, readers can get to know different styles without buying many books.
Style is a technique for manipulating language that writers use to go beyond ordinary everyday words (Kasran, 2015). Its aim is to produce aesthetic effects, emotion and deeper mental images for the reader. Style allows a writer not merely to convey information directly but to use figures such as metaphor, personification and simile to give “colour” to a story. According to Mohd and Din (2024), style is a tool for turning abstract ideas into something the reader can visualise. Instead of saying “she was very sad”, for example, a creative writer might write “the sky of her heart fell a thousand times over”. Isahak et al. (2025) support this, arguing that creative style involves poetic, fresh and unusual word choices that stir the reader's senses of sight, hearing and feeling.
Affiliations
- 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
- 2Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- 3Fakulti Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Malaysia
- 4Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
- Editors
- Mohd Firdaus Che Yaacob
- Chapter
- 7
- Pages
- 131–152
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114521


