Elemen-Elemen Literalisme dan Pengaruhnya Terhadap Pemikiran Islam
English titleThe Elements of Literalism and Their Influence on Islamic Thought
Abstract
Literalisme merupakan aliran pemikiran yang memahami nas secara zahir tanpa mengambil kira aspek maqasid al-syari’ah dan konteks semasa yang mencetuskan sikap eksklusif serta ekstremisme. Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah perkembangan literalisme serta manifestasinya terhadap pemikiran Islam bagi menjelaskan faktor kemunculan dan impaknya. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kepustakaan data dianalisis secara deskriptif dan pensejarahan merangkumi sumber primer serta sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa literalisme berkembang daripada kelompok awal seperti Mujassimah dan Khawarij sehingga gerakan tekstualis kontemporari. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan literal cenderung menolak ijtihad, mengabaikan tradisi mazhab dan menyumbang kepada takfiri serta radikalisme akibat kegagalan mengharmonikan antara nas dengan akal. Kesimpulannya, literalisme boleh menjejaskan keharmonian sosial dan fleksibiliti hukum Islam. Oleh itu, integrasi antara kefahaman tekstual dengan pendekatan kontekstual dan maqasid al-syari’ah berasaskan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) amat penting bagi memastikan pemikiran Islam yang seimbang dalam mendepani realiti moden.
Literalism is a school of thought that understands the texts by their outward meaning without regard to the maqasid al-shari'ah (higher objectives of Islamic law) and present-day context, giving rise to exclusivism and extremism. This study traces the historical development of literalism and its manifestations in Islamic thought in order to explain the factors behind its emergence and its impact. Using a qualitative approach based on library research, data from primary and secondary sources were analysed descriptively and historically. The study finds that literalism developed from early groups such as the Mujassimah and the Khawarij through to contemporary textualist movements. The findings show that the literal approach tends to reject ijtihad, ignore the tradition of the schools of law and contribute to takfiri attitudes and radicalism through a failure to harmonise revelation and reason. In conclusion, literalism can undermine social harmony and the flexibility of Islamic law. Integrating textual understanding with contextual approaches and the maqasid al-shari'ah on the basis of the manhaj of Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) is therefore essential for balanced Islamic thought in the modern world.
Affiliations
- 1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
- Editors
- Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
- Chapter
- 4
- Pages
- 61–76
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114408


